“Confirm Pusing Satu Kampung Dulu!” – Gelagat Makcik Tayang Hasil Tangkapan Raih Perhatian

24 Jul 2025 • 7:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Gelagat seorang warga emas menunggang motosikal sambil membonceng seekor ikan bersaiz luar biasa telah berjaya raih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, warga emas bertudung lengkap dengan but getah itu kelihatan tenang membawa seekor ikan baung ekor merah yang diikat kemas di bahagian tempat duduk belakang motosikalnya.

Bagaimanapun, lokasi sebenar dan identiti wanita terbabit tidak dapat dikenal pasti namun, video tersebut meraih lebih 800,000 tontonan dan 80,000 tanda suka selepas beberapa hari dikongsikan.

Tayang hasil tangkapan

image is not available
image is not available

Netizen kagum!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan kagum dengan saiz ikan tersebut, selain memuji kecekalan warga emas itu yang jelas menunjukkan semangat ‘kental’ orang kampung.

image is not availableimage is not available

Pusing satu kampung dulu makcik!

Dalam pada itu, ramai yang sempat berseloroh meminta warga emas tersebut pulang ke rumah menggunakan jalan jauh untuk menunjukkan hasil tangkapannya itu kepada orang sekitar di kawasan tempat tinggalnya.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @fitryhemsem