COROS Perkenalkan Jam Tangan Pintar NOMAD Di Malaysia – Harga RM1699

LocalTechnology
25 Aug 2025 • 2:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

COROS secara rasmi melancarkan model jam tangan pintar terbaharu mereka COROS NOMAD di pasaran Malaysia. Ia direka khas untuk penggemar aktiviti luar seperti pendakian, larian denai dan sukan lasak. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1699.

image is not available

COROS NOMAD dilengkapi paparan bersaiz 1.3-inci menggunakan teknologi Memory in Pixel (MIP) generasi ketiga. Ia menawarkan kontras yang tajam bersama warna lebih jitu dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Reka bentuknya kukuh melalui gabungan bezel dwi-lapisan aluminium dan polimer bertetulang gentian lalu menjadikannya sesuai untuk penggunaan dalam persekitaran mencabar.

image is not available

Ia mampu bertahan sehingga 22 hari untuk penggunaan biasa atau 50 jam dalam mod GPS penuh. Jam tangan ini menyokong mod Dual-Frequenxy GNSS untuk ketepatan lokasi lebih baik serta membolehkan muat-turun peta global dan topografi lengkap.

image is not available

Antara ciri unik yang ditawarkan termasuk fungsi Voice Pin untuk merakam nota suara, dan ciri Adventure Journal yang membolehkan pengguna menyimpan foto, gambar dan audio sepanjang aktiviti. Ia turut dilengkapi pelbagai sensor seperti denyutan jantung, altimeter barometric, gyroscope SpO2 dan ECG.

image is not available

Ia juga serasi digunakan bersama aplikasi pihak ketiga seperti Strava, Nike Run Club, Training Peaks dan Apple Health. Selain itu, ia menyokong kawalan kamera GoPro dan Insta360. COROS NOMAD kini boleh didapati melalui laman web rasmi PANGU Running, Shopee, Lazada dan pengedar rasmi COROS Malaysia.