Covid-19: Lebih 50,000 kematian direkodkan di Kanada

31 Jan 2023 • 10:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jumlah jangkitan Covid-19 di Kanada melonjak kepada 4,550,256 kes manakala kematian sebanyak 50,380 direkodkan setakat 21 Januari. - Gambar hiasan

OTTAWA - Jumlah jangkitan Covid-19 di Kanada melonjak kepada 4,550,256 kes manakala kematian sebanyak 50,380 direkodkan setakat 21 Januari, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Isnin.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada dan kerajaan akan melaksanakan tindakan terbaik untuk mengehadkan penyebaran virus serta mengurangkan impaknya terhadap masyarakat.

Covid-19 kekal sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa dan Kanada akan terus memantau situasi Covid-19, menurut PHAC.

PHAC memaklumkan bahawa Kanada akan terus menyumbang dan menilai epidemiologi global Covid-19, termasuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti penjujukan genom virus itu.

Memandangkan angka jangkitan Covid-19 dan kadar kemasukan ke hospital terus meningkat, pencegahan termasuk pemberian vaksin Covid-19 dan amalan perlindungan peribadi, kekal menjadi pendekatan terbaik dalam mengurangkan risiko jangkitan teruk dan mengehadkan beban pada sistem kesihatan, menurut PHAC. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved