CPI Jadi Penyelamat, Emas Melantun Harga $4,100 Semula

Business & Finance
15 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

CPI Jadi Penyelamat, Emas Melantun Harga $4,100 Semula

XAU/USD kembali bangkit dari paras terendah menyentuh $4,100 selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tekanan harga mula reda. Perkembangan itu meningkatkan harapan bahawa Federal Reserve (Fed) tidak lagi perlu bersikap terlalu agresif terhadap kadar faedah.

Pada jam 9 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,057 iaitu positif 0.10% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.

Data Biro Statistik Buruh AS menunjukkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Jun meningkat 3.5% berbanding tahun sebelumnya, lebih rendah daripada 4.2% pada Mei dan di bawah jangkaan pasaran 3.8%. Secara bulanan pula, CPI susut 0.4%, berbanding kenaikan 0.5% pada bulan sebelumnya.

Inflasi teras yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga turut menunjukkan tanda-tanda penyejukan apabila meningkat 2.6% berbanding 2.9% pada Mei.

Selepas laporan itu diterbitkan, pelabur mula mengurangkan jangkaan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat hujung Julai, sekali gus memberi sokongan kepada harga emas.

Bagaimanapun, risiko inflasi masih belum hilang. Ketegangan di Timur Tengah terus memuncak apabila tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan baharu ke atas sasaran Iran berhampiran Selat Hormuz, manakala Iran mengecam tindakan itu sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa.

Sekiranya konflik terus mendorong harga minyak lebih tinggi, tekanan inflasi boleh kembali meningkat dan memaksa Fed mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi lebih lama. Faktor ini dijangka terus menjadi penentu utama hala tuju harga emas dalam tempoh terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved