CPU AMD Ryzen ZEN 6 Disahkan Menyokong Papan Induk AM5

TechnologyDigital
27 Aug 2026 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CPU AMD Ryzen ZEN 6 Disahkan Menyokong Papan Induk AM5

AMD baru-baru ini telah mengemaskini pengkalan data maklumat teknikal mereka dengan memperlihatkan pengesahan bahawa cip pemprosesan AMD ZEN 6 mereka yang akan datang akan disokong pada siri papan induk AM5 sedia ada yang menguasakan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 dan AMD Ryzen 9000 kelas pengguna sedia ada.

Melalui pengkalan data tersebut, kita turut dapat memperlihatkan dua kod nama model produk CPU kelas pengguna dalam siri ZEN 6, termasuklah Olympic Ridge dan juga Medusa1. Olympic Ridge dilihat sebagai penawaran CPU kelas desktop, manakala Medusa1 pula nampaknya adalah penawaran APU generasi akan datang mereka.

Image from: CPU AMD Ryzen ZEN 6 Disahkan Menyokong Papan Induk AM5

Walaupun begitu, penawaran cip AMD Ryzen 10000 (nama belum disahkan) ini masih lagi belum diketahui lagi kerana AMD juga telah mengesahkan bahawa mereka akan menghasilkan cip-cip pemprosesan ZEN 6 untuk kegunaan pusat data EPYC generasi keenam mereka terlebih dahulu.

Secara teknikalnya, AMD sebelum ini sudahpun mengatakan bahawa platform papan induk AM5 akan disokong sehingga sekurang-kurangnya 2029 walaupun apabila cip-cip pemprosesan baru dilancarkan. Dengan pengesahan ini, pengguna AMD kelak boleh membeli cip AMD Ryzen ZEN 6 terbaru, dan menggantikan cip sedia ada, sekurang-kurangnya jika mereka juga menggunakan papan induk AM5 (X870, B850 dan sebagainya).

Image from: CPU AMD Ryzen ZEN 6 Disahkan Menyokong Papan Induk AM5

Perkara ini akan memberi sedikit kelegaan kepada pemilik-pemilik siri cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 dan 9000 kerana ia bermakna bahawa apabila siri cip AMD Ryzen 10000 dilancarkan kelak, penaiktarafan cip pemprosesan boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu membeli papan induk baru, dan mungkin memori juga, khususnya dengan betapa mahalnya harga komponen-komponen sekarang.

Sumber: OC3D

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved