Cristiano Ronaldo pemain bola sepak pertama bergelar bilionair

FootballSports
9 Oct 2025 • 2:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

LONDON, 9 OKT: Cristiano Ronaldo muncul pemain bola sepak pertama bergelar bilionair, menurut Bloomberg, lapor PA Media/dpa.

Nilai bersih pemain berusia 40 tahun itu dianggarkan bernilai US$1.39 bilion oleh Bloomberg Billionaires Index, yang menjejaki individu terkaya di dunia.

Penilaian terhadap kekayaannya mengambil kira pendapatan sepanjang karier, pelaburan serta penajaan.

Perpindahannya ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr pada 2022 menyaksikan beliau menandatangani kontrak dengan gaji tahunan dianggarkan US$237 juta dan sejak itu menandatangani perjanjian baharu yang akan mengekalkannya bersama kelab itu sehingga 2027.

Beliau juga mempunyai perjanjian penajaan bernilai US$17.9 juta setahun dengan Nike.

- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved