Croatia Tempat Ketiga Piala Dunia

18 Dec 2022 • 11:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pasukan kendalian Zlatko Dalic mengulangi sejarah di tempat ketiga pada 1998 ketika perlawanan Piala Dunia berlangsung di Perancis - Gambar Twitter FIFA World Cup

DOHA - Croatia mengungguli tempat ketiga dalam Piala Dunia Qatar dengan kemenangan 2-1 ke atas Maghribi di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pasukan kendalian Zlatko Dalic mengulangi sejarah di tempat ketiga pada 1998 ketika perlawanan Piala Dunia berlangsung di Perancis.

Josko Gvardiol meletakkan Croatia di hadapan menerusi tandukan pada minit ketujuh manakala Achraf Dari dari Maghribi berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian.                

Mislav Orsic meletakkan Croatia kembali di hadapan pada penghujung babak pertama dengan sepakan ke penjuru gawang.

Croatia mempertahankan kelebihan itu tanpa jaringan tambahan pada babak kedua. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved