Crunchyroll Yang Memfokuskan Penstriman Anime, Kini Mempunyai Lebih 15 Juta Pelanggan Berbayar

TechnologyDigital
8 Aug 2024 • 11:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Crunchyroll merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang dimiliki oleh Sony, dan ia memfokuskan kepada penawaran kandungan animasi Jepun atau anime melaluinya. Berkongsi berkenaan pencapaian terbaru, Crunchyroll mengatakan kini mereka mempunyai lebih 15 juta pelanggan berbayar dibawah platform berkenaan.

image is not available

Selain itu, dibawah pustaka kandungan mereka, Crunchyroll mempunyai lebih 50,000 episod dengan jumlah masa tontonan melangkaui 25,000 jam – meliputi anime, muzik dan juga filem.

Crunchyroll menyatakan pencapaian ini bukan sekadar kejayaan untuk mereka semata-mata, tetapi untuk industri anime secara keseluruhannya – membolehkan penerbit kandungan dan peminat terus menyokong dan berkembang antara satu sama lain. Di Malaysia, langganan Crunchyroll ditawarkan pada harga langganan bermula RM9 sebulan.