Threads Kini Menghampiri 200 Juta Pengguna Aktif Bulanan

TechnologyDigital
1 Aug 2024 • 9:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mark Zuckerberg hari ini berkongsi menyatakan Threads terus memperlihatkan peningkatan pengguna aktif dari hari ke hari. Selepas berkongsi menyatakan Threads mempunyai 175 juta pengguna aktif bulanan pada awal Julai 2024 lepas, kini melalui penyata kewangan terbaru, Mark Zuckerberg berkongsi menyatakan Threads kini menghampiri angka 200 juta pengguna aktif bulanan.

image is not available

Threads sebelum ini telah dilancarkan pada tahun lepas dengan sasaran untuk menyaingi Twitter. Ia diperkenalkan dengan integrasi melalui Instagram, sekaligus mencapai angka pengguna yang tinggi dengan pantas pada hari pelancaran. Namun, selepas itu, ia mengalami penurunan sedikit dari segi angka pengguna aktif.

Tetapi, dari hari ke hari, Threads kini mempunyai peminat dan komuniti tersendiri yang menggunakannya secara aktif. Dengan menghampiri angka 200 juta pengguna aktif bulanan, ia sekaligus memperlihatkan Threads akan menjadi satu lagi aplikasi media sosial gergasi, dan semakin menghampiri angka pengguna aktif X atau Twitter yang diterajui Elon Musk.

Mungkinkah dalam tempoh setahun lagi kita akan melihat angka pengguna Threads mengatasi X sepenuhnya?