Threads Kini Mempunyai Lebih 200 Juta Pengguna Aktif

TechnologyDigital
3 Aug 2024 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini berkongsi menyatakan media sosial terbaru dibawah mereka, Threads kini mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif. Perkongsian baharu ini hadir selang sebulan selepas Mark Zuckerberg menyatakan Threads mempunyai lebih 175 juta pengguna aktif bulanan.

Perkembangan Threads dilihat terus sihat, apatah lagi angka ini dicapai selang setahun selepas perkhidmatan berkenaan dilancarkan secara rasminya. Ketika pengenalan, ramai menyasarkan ia sebagai pesaing terdekat kepada X (dulunya dikenali sebagai Twitter).

Threads pada hari ini mempunyai komuniti dan peminatnya tersendiri. Malah, dengan sokongan perkongsian rentas platform Meta, ia turut diminati ramai, sekaligus membolehkan pengguna Instagram berinteraksi dengan komuniti mereka dengan mudah.

Mark Zuckerberg juga sebelum ini pernah berkongsi sasaran menyatakan Threads berpeluang untuk menjadi laman sosial seterusnya yang mencapai lebih 1 bilion pengguna. Buat masa ini, Threads masih bebas daripada pengiklanan – sekaligus membolehkan pengguna menikmati kandungan padanya tanpa sebarang gangguan iklan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved