
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan tiada hujan di seluruh negara, dijangka boleh berterusan sekurang-kurangnya sehingga awal petang ini.
MetMalaysia menerusi perkongsian pada video YouTube memaklumkan, keadaan cuaca yang baik ini meliputi kebanyakan negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
“Bagaimanapun, keadaan berjerebu masih melanda negara. Data terkini ASEAN Specialised Meteorological Centre menunjukkan, bilangan titik panas kekal tinggi terutama di selatan Sumatera dan Kalimantan.
“Pengaruh angin dari arah tenggara menuju rantau negara berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan,” menurut maklumat dikongsikan hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Cuaca baik hingga petang, tapi masih jerebu appeared first on Kosmo Online.






