
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah hingga pukul 2 petang.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda negeri di sebelah utara termasuk Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda), Pulau Pinang, Perak (Kerian).
“Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Melaka.
“Bagi negeri Sabah pula keadaan cuaca buruk dijangka melanda kawasan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna),” jelasnya.
Turut terlibat ialah beberapa kawasan di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE
The post Cuaca buruk di Tawau dan 8 negeri lain petang ini appeared first on Kosmo Digital.





