Cuaca panas Korea Selatan ragut 16 nyawa

WorldEnvironment
4 Aug 2026 • 5:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cuaca panas Korea Selatan ragut 16 nyawa

SEOUL –  Cuaca panas melampau pada musim panas di Korea Selatan mengorbankan 16 orang setakat ini,  kata kementerian dalam negeri hari ini, ketika negara itu berdepan gelombang cuaca panas yang teruk.

Antara 15 Mei hingga kelmarin, seramai 2,025 orang menderita penyakit berkaitan haba, dengan  16 daripada mereka meninggal dunia, demikian menurut kenyataan kementerian sama.

Rekod suhu Korea Selatan dipecahkan sebanyak tiga kali sepanjang minggu lalu, dengan paras tertinggi sepanjang masa terbaharu mencatat bacaan 42.5 Celsius di bandar Yangsan kelmarin.

Keseluruhan Seoul berada di bawah amaran ‘gelombang haba teruk’  tahap tertinggi hari ini, dengan suhu diramalkan melonjak lagi menghampiri 40 Celsius.

“Haba melampau yang mengancam nyawa diramalkan,” kata agensi kaji cuaca dalam satu kenyataan hari ini. – AFP

 

The post Cuaca panas Korea Selatan ragut 16 nyawa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved