
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasti ramai yang perasan cuaca yang sedang melanda negara pada ketika ini. Kadang-kadang hujan namun ada juga kawasan yang panas terik hingga terasa bahangnya sampai ke dalam rumah!
Dah pasang kipas dengan tahap kelajuan maksimum pun masih tidak dapat nak hilangkan rasa panas hingga ada yang mengambil jalan dengan mandi lebih dari dua kali sehari.
Rumah pula tiada penyaman udara (aircond). Jom kami kongsikan tips untuk sejukkan rumah tanpa perlu gunakan aircond.
#1 Cat Rumah Dengan Warna Cerah
Warna cat sememangnya mempunyai pengaruh besar terhadap kediaman. Jika rumah mahu nampak luas, warna cat juga boleh mempengaruhi.
Jika korang mengecat dinding dengan warna cerah atau pastel seperti putih dan biru lembut (soft blue) ruang kediaman boleh menjadi lebih sejuk dan nyaman.
Ini kerana warna sebegini boleh memantulkan semula cahaya selain membuatkan rumah korang lebih cantik.
Elakkan cat rumah menggunakan warna gelap seperti hitam kerana ia akan menyerap haba dengan cepat berbanding warna cerah.

#2 Pasang Awning
Salah satu punca kenapa rumah terasa bahang adalah kerana dinding yang terdedah kepada cahaya matahari.
Keadaan ini menyebabkan haba dari luar mudah masuk ke dalam ruang rumah.
Jadi untuk kurangkan bahang pada waktu siang, korang disarankan untuk memasang awning bagi mengelakkan dinding rumah menjadi panas.
Kebiasaannya, awning pula dipasang pada bahagian rumah yang menghadap cahaya matahari jatuh.

#3 Saiz & Bukaan Tingkap
Korang tahu tak saiz dan bukaan tingkap juga memainkan peranan dan boleh mengawal haba dalam rumah?
Saiz tingkap yang besar membolehkan pengaliran udara dan angin masuk ke dalam rumah dengan lebih banyak. Malah, ia juga boleh menyingkirkan haba dengan cepat.
Bukan hanya boleh memberi pengudaraan yang baik tetapi saiz tingkap luas boleh memberi rasa nyaman dalam rumah.

#4 Tingkap Gelap
Kalau cermin kereta boleh tinted, korang pun boleh buat perkara sama pada cermin tingkap.
Fungsinya masih sama iaitu memantulkan semula cahaya matahari dan membuatkan ruang di dalam kediaman menjadi lebih sejuk.
Buat korang yang tak suka pakai langsir, ini cara mudah untuk menghalang cahaya matahari masuk ke dalam rumah.
#5 Pasang Langsir Blackout
Namun, kalau korang jenis yang tidak suka untuk membuat apa-apa perubahan pada bahagian kediaman, cara paling mudah adalah memasang langsir khususnya jenis blackout.
Memetik laman Ai Curtains, langsir blackout atau langsir gelap boleh menghalang cahaya matahari daripada masuk ke ruang kediaman.
Bukan itu sahaja, ada langsir blackout yang boleh menjimatkan tenaga pendingin hawa.
Jadi dengan hanya menggunakan langsir jenis ini boleh menyejukkan kediaman khususnya bilik korang tanpa perlu gunakan aircond.

#6 Kombinasi Kipas dan Ais
Kalau korang nak rasa vibe menggunakan aircond, boleh cuba cara jimat ini.
Korang hanya perlu letakkan ais dalam mangkuk atau besen dan letakkan ia di hadapan kipas sebelum dihalakan kepada korang.
Cara sebegini akan membuatkan udara lebih sejuk seakan macam duduk depan aircond!

#7 Letak Sebesen Air Dalam Ruang Kediaman
Jika rumah tiada ais, korang boleh cuba cara mudah ini. Caranya adalah dengan meletakkan satu besen atau mangkuk berisi air di mana-mana ruang dalam kediaman anda.
Kalau korang perasan, dalam banyak-banyak ruang di rumah, bilik air lebih sejuk jika dibandingkan dengan yang lain.
Ini kerana terdapat kolah air atau lantai yang basah dengan air membuatkan ruang menjadi lebih sejuk.
Jadi, apa kata korang cuba letak besen berisi air dalam bilik atau ruang tamu. Ia akan memerangkap dan menyerap segala udara dan haba panas dalam ruang tersebut.

Mudah sahajakan? Hanya gunakan cara di atas, korang dah boleh kurangkan rasa panas dan buat rumah rasa selesa tanpa perlu menggunakan aircond.
Baca Artikel Berkaitan: Nampak Macam Remeh, Ini Tips Influencer Agar Tak Silap Langkah Beli Rumah Pertama
Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing Tapi Nak Rumah Kekal Wangi? Ini Tips Yang Korang Patut Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Takut Dapat Penyewa Dari Neraka? Ini 5 Tips Buat Tuan Rumah Dalam Memilih Penyewa
Source:


