Cub Prix dan Kesan Ekonomi di Setiap Lokasi

20 Sep 2025 • 2:36 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Selain menjadi pentas pembangunan bakat pelumba tempatan, Malaysian Cub Prix juga membawa kesan ekonomi yang besar kepada komuniti setempat di setiap lokasi penganjuran.

Menurut Ron Hogg, Promotion Director Two Wheels Motor Racing (TWMR), setiap kali Cub Prix berlangsung, ribuan peminat, pelumba, dan pasukan teknikal akan berkampung di kawasan berkenaan sepanjang hujung minggu. Situasi ini secara langsung memberi limpahan rezeki kepada peniaga kecil, pemilik kedai makan, serta penyedia perkhidmatan homestay dan hotel.

Sepanjang minggu penganjuran, hotel dan penginapan akan penuh ditempah lebih awal, manakala kedai makan serta restoran menikmati peningkatan pelanggan yang ketara. Malah, gerai-gerai kecil di sekitar kawasan perlumbaan turut mendapat manfaat daripada kehadiran ribuan penonton yang datang bersama keluarga.

Kesan ekonomi ini tidak hanya terhad kepada bandar utama, malah ia turut dirasai oleh pekan-pekan kecil yang menjadi tuan rumah. Cub Prix memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk terlibat secara langsung, sama ada melalui perniagaan mahupun sebagai penyokong acara.

Inilah salah satu kekuatan Cub Prix, ia bukan sekadar perlumbaan motosikal, tetapi juga sebuah acara rakyat yang mampu menggerakkan ekonomi komuniti setempat di setiap lokasi yang dipilih.

Ron juga menambah jika setiap negeri bekalkan litar khas untuk cubprix, tidak mustahil kejuaraan ini akan berkembang pesat di seluruh Malaysia.