Cuba Bunuh Bekas Isteri, Lelaki Lepas Tembakan Di KLIA 1

14 Apr 2024 • 9:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial pagi tadi apabila negara digemparkan dengan kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di mana seorang lelaki telah melepaskan tembakan di situ pada sekitar jam 1.15 pagi.

Memetik laporan Astro AWANI, lelaki berkenaan telah melepaskan tembakan terbabit kepada bekas isterinya yang difahamkan sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Namun, tembakan itu tidak terkena kepada sasaran sebaliknya seorang individu lain yang merupakan pengawal peribadi pula yang terkena tembakan tersebut.

Akibatnya, individu yang terkena tembakan tersebut dilaporkan parah.

Menurut pihak polis, suspek kemudiannya sempat melarikan diri dari tempat kejadian selepas tembakan dilepaskan,

Mangsa yang cedera parah pula telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Kini, usaha untuk memburu dan mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes tersebut telah diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai kes cubaan untuk membunuh.

Kes tersebut juga disifatkan oleh polis sebagai kes bersifat peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.