“Cuba Jadi GD Ke?” – Tular Hingga 11 Juta Tontonan, Video Terbaru J-Hope BTS Dikritik Ramai

EntertainmentLifestyle
25 Jun 2025 • 11:28 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Penampilan j-hope BTS baru-baru ini telah hangat menjadi perdebatan.

Baru-baru ini, j-hope telah menghadiri Minggu Fesyen Paris untuk jenama Louis Vuitton, sebagai duta global.

Selepas acara itu tamat, lelaki itu dilihat dikelilingi oleh beberapa pengawal yang melindunginya dari dikerumuni peminat.

Namun, tingkah laku terutamanya cara j-hope berjalan dalam video itu telah menarik perhatian ramai, didakwa cuba meniru personaliti dan gaya G-Dragon.

Sebelum ini, G-Dragon beberapa kali pernah menjadi bualan kerana cara jalannya yang dianggap ikonik dan memang dikenali sebagai identiti lelaki itu sendiri.

Dengan video tersebut yang telah meraih hingga 11 juta tontonan setakat ini, ramai peminat tampil mempertahankan j-hope dan menjelaskan bahawa setiap artis mempunyai gaya tersendiri serta tidak perlu mengecam sesiapa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.