Cuba Serang Anggota Maritim Punca 5 Lelaki Warga Asing Ditembak Di Morib

LocalPolitics
25 Jan 2025 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh diperkatakan di media sosial tentang kejadian tembak di Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor yang menyebabkan seorang maut manakala empat lagi individu cedera.

Memetik laporan Malaysia Gazette, lima individu itu merupakan lelaki warga asing dan mereka ditembak kerana telah cuba menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika anggota penguatkuasaan sedang membuat rondaan di kawasan perairan tersebut.

Menurut Datuk Hussein Omar Khan iaitu Ketua Polis Selangor, bot APMM pada mulanya telah dilanggar oleh bot yang dinaiki oleh suspek sebanyak empat kali.

image is not available

Dua daripada suspek kemudiannya cuba menyerang anggota penguatkuasa dengan parang.

Difahamkan, anggota APMM telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot suspek atas faktor mempertahankan diri dan keselamatan.

Selepas tembakan dilepaskan, suspek-suspek yang menaiki bot tersebut kemudiannya melarikan diri dalam gelap.

Pagi semalam, pihak APMM kemudiannya mendapat maklumat bahawa dua orang lelaki yang tidak sedarkan diri beserta sebuah bot ditemui terdampar di pesisir Pantai Banting.

Bot itu kemudiannya ditunda oleh pihak APMM ke pangkalan maritim di Pelabuhan Klang dan ambulans turut dihubungi untuk membawa suspek ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dan seorang lagi berada dalam keadaan kritikal.

image is not available

Terdahulu, pihak IPD Kuala Langat telah menerima laporan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor di mana pengadu telah menerima pesakit tiga orang lelaki warga asing yang cedera ditembak.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.