
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di Malaysia, banyak pemilik kereta yang suka mengubahsuai kenderaan milik mereka agar kelihatan lebih cantik atau ‘sporty’.
Bagaimanapun, tidak semua modifikasi dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas faktor keselamatan jalan raya.
Namun begitu, masih ramai yang kurang cakna mengenai undang-undang modifikasi yang telah ditetapkan oleh JPJ hingga mengundang rasa tidak senang pengguna jalan raya yang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang, Owner Myvi Ubahsuai Lampu Signal Jadi Warna Putih Hingga Kelirukan Orang Lain
Tular JPJ tegur lelaki pasang lampu kuning
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu menegur seorang lelaki kerana memasang lampu tambahan berwarna kuning.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok rasmi JPJ Terengganu, kelihatan lampu tersebut dipasang pada bahagian bampar hadapan kereta jenis Proton Saga.
Difahamkan, lelaki tersebut ditahan dalam satu sekatan jalan raya ketika Ops Pelbagai JPJ Negeri Terengganu pada baru-baru ini.
Anggota JPJ minta pemandu tengok sendiri lampu kuning boleh buat mata silau
Dalam video tersebut, kedengaran anggota terbabit bertanya kepada pemandu Saga itu sama ada lampu kuning berkenaan merupakan lampu asal (lampu keluaran kilang).
Kemudian, anggota penguatkuasa itu memangil pula lelaki terbabit untuk melihat sendiri lampu itu dari hadapan yang boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain.
“Lampu kuning tu lampu asal ke? Cuba encik mari tengok depan, silau tak mata encik kalau encik bawa (kereta)? Ke tak silau mata encik?
“(Lampu) di hadapan ini kena warna amber, lampu kuning malap macam itu, tak boleh terang macam ini, bila encik memandu malam dia akan jadi silau,” kata anggota itu.
Memetik Carsome, terdapat lima jenis lampu yang tidak dibenarkan iaitu:
- Lampu jenis HID (High Intensity Discharge) yang dipasang secara aksesori dengan kuasa yang melebihi standard ditetapkan.
- Lampu berkelip selain lampu isyarat.
- Lampu kereta smoke atau yang digelapkan.
- Lampu spotlight kereta, selain 4×4 (untuk aktiviti off-road sahaja).
- Lampu mata arah (lampu beacon).
Bagi lampu spotlight pula, hanya lampu yang berwarna putih atau kuning amber sahaja yang dibenarkan sebagai lampu tambahan kenderaan 4×4.
Ramai puas hati dengan tindakan anggota JPJ tegur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan cara anggota JPJ itu menegur lelaki berkenaan kerana memasang lampu yang boleh menyilaukan mata pemandu lain.
Tindakannya seolah-olah memberikan POV (point of view) bagaimana pengguna jalan raya dari arah bertentangan atau hadapan terkena silauan lampu itu.
Malah, kebanyakan netizen juga mengakui sememangnya penglihatan mereka boleh menjadi silau ketika memandu pada waktu malam gara-gara lampu kuning terang sebegini.
Tidak kurang juga segelintir pengguna jalan raya yang menyarankan agar individu-individu yang memasang lampu sedemikian agar menghidupkannya ketika jalan berkabus atau jalan terlalu gelap sahaja.




Baca Artikel Berkaitan: “Buat Sakit Mata” – Kereta Tukar Lampu Undur Warna Putih Berkelip-kelip Undang Perdebatan Ramai [Video]

![“Jaga Aib” – Pendakwah Tegur Pempengaruh Kongsi Cerita Dapat Herpes Didakwa Dari Suami [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)
![TikToker Tegur Sikap Segelintir Ibu Bapa, Biar Anak Tak Pergi Sekolah Hanya Sebab Bangun Lambat Cetus Perdebatan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
