
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, terdapat ramai pemilik kereta di Malaysia yang gemar memodifikasi kenderaan mereka mengikut reka bentuk model kenderaan lain.
Antara modifikasi yang paling banyak dilakukan di negara ini semestinya mengubah kereta dari jenama tempatan menjadi mirip model JDM (Japanese Domestic Market) seperti Perodua Kancil menjadi Daihatsu Mira, Kelisa diubah seperti Gino dan lain-lain.
Malah, ada juga sesetengah pemilik kereta yang gemar menampal pelbagai jenis pelekat (sticker) pada kenderaan sebagai perhiasan atau untuk mewakili sebuah kelab automotif yang disertainya.
Lelaki dedah sticker yang famous di Malaysia ini mempunyai fungsi berbeza di Jepun
Namun, siapa sangka seorang lelaki yang berada di Jepun mendedahkan ada sticker yang menjadi trend di Malaysia sebenarnya membawa maksud yang berbeza di negara terbabit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rakuride, lelaki tersebut menunjukkan sebuah kereta yang menampal sticker berbentuk V dengan warna kuning dan hijau.
“Tolong mengaku sikit, siapa yang mulakan trend pakai sticker ini dekat Malaysia?” tulisnya di kapsyen.
Jadi trend di Malaysia, rupanya di Jepun umpama sticker P sahaja
Menurut lelaki itu, sticker terbabit digunakan di Jepun untuk menunjukkan bahawa pemandu terbabit baru sahaja memiliki lesen memandu.
Jelasnya, sticker tersebut mempunyai makna yang sama seperti sticker P di Malaysia yang bermaksud ‘Percubaan’ dan mempunyai tempoh tertentu.
“Jadi kalau korang datang ke Jepun dan nampak sticker ini, pastikan hati-hati sebab pemandu ini baru belajar memandu,” katanya.
Apa itu tanda Wakaba (Shoshinsha) dan Koreisha di Jepun?
Memetik laman web 99% Invisible, pelekat berbentuk simbol V atau daun berwarna hijau kuning itu dipanggil tanda Shoshinsha atau Wakaba.
Difahamkan, pemandu yang baru sahaja mendapat lesen memandu kereta perlu menampal sticker Wakaba selama setahun, tetapi boleh terus menggunakannya jika mahu.

Selain Wakaba, terdapat juga tanda Koreisha yang digunakan di negara Matahari Terbit itu dan ia digunakan untuk pemandu warga emas.
Dahulu tanda Koreisha berbentuk titisan air berwarna jingga dan kuning atau dikenali sebagai daun musim luruh, namun pada tahun 2011, ia ditukarkan kepada reka bentuk empat daun yang lebih berwarna-warni.


Warga emas di Jepun digalakkan menggunakan pelekat ini bermula umur 70 tahun dan wajib memaparkannya apabila mencecah umur 75 tahun.
Ia juga bukan sekadar pelekat, simbol ini juga membolehkan mereka menggunakan tempat letak kereta khas.
Netizen seloroh ingat sticker dari Kedah
Sementara itu, memindai ke ruangan komen pada hantaran video TikTok itu, rata-rata pengguna media sosial tidak menyangka bahawa sticker terbabit ternyata memiliki fungsi seperti lesen P di Malaysia.
Segelintir netizen juga berseloroh dengan menyangka bahawa sticker berwarna hijau dan kuning itu mempunyai kaitan dengan negeri Kedah seperti slogan ‘Pulun Kedah Pulun’.
Sebelum ini, kecoh apabila peminat automotif di China berebut-berebut untuk mendapatkan pelekat P yang dikeluarkan JPJ Malaysia di sana.
Mungkin mereka juga keliru seperti kita.. 😂
Baca Artikel Berkaitan: Pelekat P JPJ Jadi Buruan & Laku Keras Di Laman E-Dagang China, Dijual Pada Harga RM18
Korang mesti pernah nampak kereta pakai sticker ini kan? Kebanyakannya kereta apa?





Baca Artikel Berkaitan: Tular Orang Jepun ‘Convert’ Daihatsu Mira Jadi Kelisa, Siap Tukar Plat Nombor Gaya Malaysia


![Wanita Cosplay Sebagai Voldermort Baca Doa Di Majlis Makan Malam Bikin Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Doktor Dedah Risiko Jika Tak Cabut Gigi Bongsu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)

