Cubaan hempas pesawat penumpang bawa warga Israel gagal

1 Oct 2026 • 11:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cubaan hempas pesawat penumpang bawa warga Israel gagal

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel,  Benjamin Netanyahu menyatakan semalam bahawa  pembantu  juruterbang pesawat flydubai dalam penerbangan ke Tel Aviv merancang untuk menghempaskan dan membunuh sebahagian besar penumpang warga Israel, namun komplot itu digagalkan sekali gus mengelakkan ‘malapetaka besar’  lapor laman berita The Standard.

“Semasa penerbangan, ketika mereka mendekati Israel, pembantu  juruterbang terbabit menikam juruterbang, dan nampaknya cuba menghempaskan pesawat bersama semua penumpang di dalamnya,” kata Netanyahu dalam satu mesej video.

Menurutnya, Arab Saudi menangkap dan menyoal siasat pembantu juruterbang terbabit.

Suspek disoal siasat selepas penerbangan  dari Dubai menuju Tel Aviv itu terpaksa dilencongkan ke Arab Saudi di mana ia mendarat dengan selamat.

Kedua-dua juruterbang didapati cedera semasa mendarat di Arab Saudi.

Pesawat flydubai itu mendarat cemas di Tabuk, Arab Saudi pukul 9.45 pagi  (waktu tempatan) dengan juruterbang dan pembantu juruterbang dihantar ke hospital kerana cedera, demikian menurut kenyataan syarikat yang mengendalikan lapangan terbang tersebut.

Syarikat penerbangan tambang murah  itu sebelum ini berkata: “Penerbangan FZ 1073 mengalami satu insiden semasa dalam perjalanan. Pesawat ini mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Tabuk (TUU) dan semua penumpang selamat.”

Seorang penumpang, Miryam Shira Ohayon berkata,  pesawat itu ‘hampir hilang kawalan’ apabila pembantu juruterbang cuba menikam juruterbang ketika mereka berada di ruang udara Jordan dalam perjalanan ke Tel Aviv.

“Pembantu juruterbang cuba membunuh kapten dan berniat melakukan serangan bunuh diri. 

“Pesawat benar-benar hampir terhempas, namun keberanian beberapa penumpang yang meluru masuk dan menumpaskan pembantu juruterbang berjaya menyelamatkan keadaan,” katanya. – AGENSI

The post Cubaan hempas pesawat penumpang bawa warga Israel gagal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved