Cubaan pindah LPG bersubsidi lebih RM50,000 dalam ladang kelapa sawit gagal

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 5:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cubaan pindah LPG bersubsidi lebih RM50,000 dalam ladang kelapa sawit gagal
Antara tong gas LPG yang disita oleh KPDN Kedah dalam serbuan di Baling pada Isnin. FOTO: KPDN
Image from: Cubaan pindah LPG bersubsidi lebih RM50,000 dalam ladang kelapa sawit gagal
Seorang anggota KPDN sebuah lori membawa tong gas LPG di sebuah ladang kelapa sawit.

BALING - Satu aktiviti penyelewengan Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi bernilai lebih RM50,000 berjaya ditumpaskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil di sini pada Isnin.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pihaknya menyita 30 unit tong bersubsidi LPG 14 kilogram (kg), 10 tong industri LPG 50 kg, 17 unit hos dan sebuah lori untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 1 petang itu membabitkan jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 57,638.

**media[3618869]**

"Pemeriksaan di lokasi mendapati berlaku aktiviti pemindahan LPG bersubsidi yang mana dipercayai dalam proses pemindahan ke dalam tong industri LPG 50 kilogram (kg) di atas sebuah lori.

"Ketika serbuan dilakukan, tiada individu ditemui di tempat kejadian, suspek dipercayai melarikan diri setelah menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa," katanya.

Beliau berkata, lokasi di ladang kelapa sawit dipercayai sengaja dipilih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelakkan kegiatan haram tersebut dihidu oleh pihak berkuasa.

Kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122], tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved