Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit terbongkar

18 Aug 2026 • 5:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit terbongkar

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada semalam.

Kawasan tersebut diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kira-kira pukul 1 tengah hari.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan hasil risikan berterusan yang dijalankan oleh pasukan penguat kuasa KPDN Alor Setar.

Katanya, sindiket dipercayai sengaja memilih ladang kelapa sawit bagi mengelak kegiatan haram itu dikesan pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati berlaku aktiviti pemindahan LPG bersubsidi ke dalam tong industri LPG 50 kilogram (kg) di atas sebuah lori.

“Bagaimanapun, tiada individu ditemui di lokasi dan dipercayai suspek melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 30 tong LPG bersubsidi berkapasiti 14 kg, 10 tong industri LPG 50 kg, 17 unit hos serta sebuah lori dianggarkan bernilai RM57,638 disita.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). – KOSMO! ONLINE

The post Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit terbongkar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved