Cubaan Samun Kedai Emas, Perompak Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

LocalPolitics
16 Mar 2026 • 3:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan seorang lelaki yang bersenjata objek tajam meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas dipercayai ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah kedai emas di Seksyen 14, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan perkara itu dan memaklumkan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Ya saya sahkan… akan buat post mortem. Apa-apa maklumat lanjut akan saya kongsikan nanti,” katanya ringkas.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan seorang perompak cedera selepas dipercayai ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun kedai emas berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Tinjauan di lokasi kejadian di Seksyen 14, Petaling Jaya mendapati beberapa kenderaan polis dan ambulans berada di kawasan itu sebelum pasukan forensik dilihat tiba tidak lama kemudian bagi menjalankan siasatan lanjut.

image is not available

Artikel lain: Tunggu Dijemput Beli Kelengkapan Raya, Suami Rupanya Maut Dihempap Pokok Tumbang

Beberapa saksi mendakwa melihat seorang individu berpakaian hitam menaiki motosikal memasuki kedai terbabit sebelum terdengar bunyi letupan dipercayai tembakan.image is not available

Difahamkan, polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian bagi mengawal keadaan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Suharmin Yusuf)

The post Cubaan Samun Kedai Emas, Perompak Maut Ditembak Pengawal Keselamatan appeared first on Borak Daily.