Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ

LocalCars
8 Sep 2026 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ

image.png

Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang menyita 11 kenderaan mewah, termasuk sebuah Lamborghini Huracan bernilai RM1 juta, dalam Operasi Luxury pada 3 September lalu.  Kesemua kenderaan disita akibat Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Operasi Luxury JPJ Penang Target Kereta Mewah

image.png

Tindakan acuh tak acuh ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mengakibatkan kerugian hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM20,000 akibat kegagalan memperbaharui cukai jalan.

Lamborghini Huracan RM1 Juta Antara Yang Disita

image.png

Antara kenderaan yang paling mencuri tumpuan dalam operasi tersebut ialah sebuah supercar Lamborghini Huracan yang dianggarkan bernilai melebihi RM1 juta.

Hasil semakan lanjut mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi jentera berkuasa tinggi itu sudah tamat tempoh sejak Jun 2026.

Sebagai rekod, kadar LKM atau cukai jalan tahunan bagi kenderaan mewah berspesifikasi tinggi seperti Lamborghini ini boleh mencecah sehingga RM12,000 setahun.

Tindakan Agresif Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

JPJ Pulau Pinang menegaskan bahawa status atau nilai sesebuah kenderaan tidak pernah menjadi tiket khas untuk mana-mana individu melanggar peraturan jalan raya.

Penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan terus dilaksanakan secara telus, agresif, dan tanpa kompromi terhadap mana-mana pemandu.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran keras khusus buat golongan berkemampuan agar sentiasa patuh pada undang-undang dan tidak culas memperbaharui dokumen kenderaan mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved