Cukup! Sumbangan Ahmad Tarmizi sudah dikumpul

LocalHealth & Fitness
4 Sep 2026 • 5:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cukup! Sumbangan Ahmad Tarmizi sudah dikumpul

PETALING JAYA – Kutipan sumbangan bagi membantu kos rawatan Ahmad Tarmizi Hazmee, 30, dihentikan selepas jumlah diperlukan berjaya dikumpulkan.

Abang sulungnya, Ahmad Bukhari, 32, berkata pihak keluarga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang atas bantuan, doa serta sokongan yang diberikan.

“Dengan penuh rasa syukur, kami sekeluarga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan, mendoakan, berkongsi dan mengambil berat.

“Setiap sumbangan, doa dan sokongan anda sangat bermakna buat kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, pihak keluarga meminta orang ramai supaya tidak lagi membuat sebarang sumbangan selepas kutipan berkenaan dihentikan sepenuhnya dan sebarang lebihan daripada kos rawatan akan diinfakkan.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebanyak RM50,000 diperlukan bagi menampung kos rawatan, pembedahan dan hospital Ahmad Tarmizi yang kini kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika memandu dari Yogyakarta ke Jakarta, Indonesia, Ahad lalu.

Ahmad Tarmizi, anak kedua daripada enam beradik, kini masih menerima rawatan di RS Mitra Plumbon Subang, Jawa Barat dan berada dalam keadaan separa sedar.

Menurut Ahmad Bukhari, tragedi itu turut meragut nyawa adik bongsu mereka, Muhammad Atiqullah, 20, manakala Ahmad Tarmizi masih kritikal dan memerlukan rawatan lanjut di Indonesia. – KOSMO! ONLINE

The post Cukup! Sumbangan Ahmad Tarmizi sudah dikumpul appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved