7 jam kumpul RM100,000

28 Aug 2026 • 10:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 7 jam kumpul RM100,000

PETALING JAYA – Tidak sampai sehari, kutipan sumbangan untuk seorang kanak-kanak yang memerlukan implan koklea bernilai RM125,000 membuahkan hasil apabila RM100,000 berjaya dikumpulkan dalam masa hanya tujuh jam.

Kutipan itu digerakkan Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem yang sebelum ini memohon orang ramai supaya tampil membantu Nur Amanda Sofea Muhammad Syafiq Ikhwan yang mengalami masalah pendengaran.

Kejayaan mengumpul sumbangan itu turut menyentuh hati Mohd. Noor Helmy yang menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang yang memberikan kepercayaan untuk membantu kanak-kanak tersebut.

“Saya tiada duit yang banyak. Saya hanya ada kepercayaan orang. Insya-Allah saya akan jaga dan guna sebaik mungkin untuk memberi manfaat kepada (orang) yang memerlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi menjayakan usaha tersebut.

“Terima kasih kepada mereka yang percayakan saya. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda memberikan anak ini kehidupan,” katanya.

Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak tersebut memaklumkan mereka mempunyai wang RM8,000 selain turut menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka sebanyak RM30,000. – KOSMO! ONLINE

The post 7 jam kumpul RM100,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved