‘Cukuplah sekali hilang kerajaan’– Ab Rauf

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from:  ‘Cukuplah sekali hilang kerajaan’– Ab Rauf

MELAKA: Pengalaman kehilangan kuasa sebelum ini perlu menjadi pengajaran kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengulangi episod sama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, seluruh jentera parti perlu mengambil iktibar daripada pengalaman berkenaan dengan memastikan mandat rakyat yang diperoleh tidak terlepas sekali lagi.

“Cukuplah sekali kerana rasa hilang kerajaan, jangan ada lagi,” katanya ketika berucap di hadapan jentera BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu hari ini.

Beliau berkata, seluruh jentera perlu terus bekerja keras sehingga hari pengundian bagi memastikan mesej dan tawaran BN dapat disampaikan kepada setiap lapisan pengundi.

Katanya, 14 November merupakan tarikh penting kepada rakyat Melaka kerana keputusan yang dibuat melalui peti undi bakal menentukan hala tuju negeri serta masa depan generasi akan datang.

Beliau justeru mahu setiap anggota jentera memahami bahawa perjuangan sepanjang tempoh kempen bukan sekadar memenuhi jadual program, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan untuk mendekati pengundi.

Ab Rauf berkata, pengorbanan jentera yang turun padang, meluangkan masa dan menggunakan tenaga sepanjang kempen perlu diteruskan sehingga saat akhir sebelum rakyat membuat keputusan.

Beliau turut menjadikan kejayaan BN dalam pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan sebagai dorongan untuk memperkukuh gerak kerja serta sokongan terhadap gabungan itu di Melaka.

Katanya, gerak kerja tersusun dan kesungguhan seluruh jentera, termasuk parti komponen seperti MCA, penting bagi memastikan kempen di setiap kawasan yang ditandingi berjalan lancar. -UTUSAN

 

“Kita mahu setiap pengundi memahami pilihan yang dibuat pada hari berkenaan bukan hanya menentukan wakil rakyat di kawasan masing-masing, malah turut memberi kesan kepada kesinambungan pentadbiran dan pembangunan negeri,” katanya.

 

Beliau berharap seluruh jentera BN terus memberikan komitmen tanpa mengira penat lelah bagi memastikan mandat rakyat Melaka terus kekal bersama gabungan itu.

The post  ‘Cukuplah sekali hilang kerajaan’– Ab Rauf appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved