Tuduh BN guna jentera kerajaan tindakan terdesak – Ahmad Zahid

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 2:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tuduh BN guna jentera kerajaan tindakan terdesak – Ahmad Zahid

JASIN: Tindakan menuduh calon Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan jentera kerajaan ketika berkempen adalah salah satu contoh tindakan terdesak kumpulan tertentu untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN juga boleh mempersoalkan kehadiran menteri dan timbalan menteri daripada kumpulan itu dalam majlis-majlis yang diadakan dalam tempoh 14 hari berkempen.

Beliau berkata, semua parti sepatutnya berkempen secara bersih dengan tidak mencipta sesuatu isu untuk menyerang lawan.

“Kalau sesuatu kumpulan itu berasa terdesak mereka akan mencari pelbagai alasan, mencari pelbagai perkara kerana mungkin mereka sangat terdesak. Saya tidak fikir itu perlu kita gembar-gemburkan.

“Kita bertanding ikut peraturan dan kita harap perkara-perkara yang tidak perlu ditimbulkan itu dipanjangkan. Yang penting 14 hari bulan nanti kita lihat di mana arah sokongan yang diberikan oleh pengundi di negeri Melaka,” katanya dalam sidang akhbar Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET Mara (YPM) di Dewan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Alamanda di sini hari ini.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atas dakwaan berkempen menggunakan premis dan jentera kerajaan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail berkata, laporan polis terhadap penyandang kerusi itu dibuat oleh wakil PH di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Aishah berkata, Khaidirah didakwa melakukan perbuatan itu semasa hadir pada majlis penyampaian sumbangan kepada kira-kira 30 penerima bersempena dengan sambutan Deepavali dan segala bukti bergambar serta rakaman berkaitan perkara itu telah diserahkan kepada polis. -UTUSAN

 

The post Tuduh BN guna jentera kerajaan tindakan terdesak – Ahmad Zahid appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved