Culas nafkah boleh dipenjara? “Kalau bekas suami dah mamp*s, takde la sakit hati..” – Rita Rudaini

LocalFamily & Parenting
23 Dec 2025 • 5:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Rita Rudaini sekali lagi menyuarakan pandangannya berkenaan tanggungjawab nafkah yang harus dilaksanakan oleh bekas suami setelah bercerai.

Culas nafkah boleh dipenjara?

image is not available

Memetik laporan XTRA, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar menegaskan kegagalan dalam memberi nafkah perlu dipandang serius kerana ia bukannya satu perkara kecil yang boleh dipermainkan.

image is not available

“Kalau bekas suami tu dah nak mampus, tak ada lah sakit hati kalau tak dapat nafkah kan?
“Yang mengelat tu kalau tak mahu bayar, lebih baik mampus je,” kata Rita, baru-baru ini.

Dalam perkongsian di Instagram Story itu, Rita turut berkongsi laporan berita mengenai golongan suami yang gagal membayar nafkah boleh dipenjarakan sesuai dengan saranan yang dikemukakan oleh kerajaan.

Artikel lain: Untuk arwah dan bakal arwah, tak payah berkira hal nafkah anak – Rita Rudaini

image is not available

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga berulang kali menyuarakan isu sama sekali gus menyifatkan hal ini bukanlah perkara baharu dan sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian

Tegasnya lagi, kegagalan membayar nafkah seharusnya dikenakan sekatan tegas termasuk larangan untuk berkahwin lain selagi hutang natkah tidak diselesaikan.

Malah, Rita juga mencadangkan agar pendekatan penguatkuasaan dibuat persis sistem yang diguna pakai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sumber: XTRA (Salma Syahbuddin)