“Rata-rata ibu bapa bersependapat…” – Azhar Sulaiman Dakwa Ramai Sokong Rita Rudaini, Mohon Asyraf Wajdi Respon

LocalPolitics
9 Dec 2025 • 4:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pelakon Azhar Sulaiman tampil menyuarakan pandangannya berhubung dengan kes yang melibatkan pelakon Rita Rudaini yang disaman oleh Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor bersama timbalannya.

Kata Azhar, dia berharap agar Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dapat memberikan respon dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua belah pihak itu.

Ramai ibu bapa menyebelahi Rita Rudaini – Azhar Sulaiman

image is not available

“Assalamualaikum kepada bos Mara yang kami sayangi. Berdasarkan tinjauan suara saya di media sosial, rata-rata ibu bapa bersependapat dengan Rita dalam hal pemilihan pelajar-pelajar ke MARA ini.”

“Mungkin datuk boleh memberikan sepatah dua kata bagi menjernihkan keadaan yang mula menjadi kusut untuk MARA. Terima kasih bos.”

Sebelum ini, seorang tokoh akademik yang juga YDP MUAFAKAT MRSM Sungar Besar dan timbalannya telah memfailkan saman sebanyak RM 1 juta terhadap pelakon filem Mami Jarum itu.

image is not available

Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama bersama Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan tuntutan tersebut terhadap Rita melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman pada 6 Disember lalu.

Ia berikutan dengan kenyataan daripada Rita yang mendakwa wujud kelemahan dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau yang dikenali sebagai MUAFAKAT di MRSM Sungai Besar.

Sumber : mStar Online, Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.