“Cuma mampu belikan ini”- Gadis Sebak Terima Hadiah Sebungkus Roti Dari Ayah Sempena Hari Lahir

Entertainment
18 Mar 2023 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat kebanyakan orang, hari lahir menjadi hari yang paling disukai kerana ramai kawan-kawan dan keluarga akan ucapkan selamat hari jadi. Lagi best kalau ada member yang siap bagi hadiah atau buat birthday party untuk kita.

Namu, seorang gadis ini pula tidak dapat menahan sebak ketika hari lahirnya kerana dia telah menerima sekeping nota tulisan tangan dan sebungkus roti berperisa coklat daripada ayahnya.

Gadis berkenaan telah menjadi tular di media sosial setelah berkongsikan hadiah dan ucapan dari bapanya itu di TikTok bulan lalu.

Korang boleh tengok video tersebut dekat sini.

Apa yang membuatkan netizen turut berasa sebak ialah nota tulis tangan itu berbunyi seperti berikut,

Selamat hari lahir. Ayah cuma mampu belikan ini. Kalau ada rezeki, ayah akan belikan yang mahal. Ayah balik malam, jadi jaga adik,” tulisnya.

image is not available

Difahamkan, gadis tersebut merupakan warga Indonesia namun ia tidak menghalang warganet Malaysia untuk turut berasa sebak dengan perkongsiannya itu.

Bukan itu sahaja, ada juga pengguna TikTok lain yang turut berkongsikan pengalaman mereka ketika hari lahir dengan ayah masing-masing.

image is not available

Rata-rata netizen juga mendoakan keluarga gadis ini agar mereka sentiasa dimurahkan rezeki.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.