Curi elektrik: SESB buat laporan polis

LocalPolitics
4 Sep 2024 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membuat laporan polis susulan kegiatan sambungan haram dan aktiviti mencuri elektrik di penempatan setinggan Kampung Puyut di sini, Selasa.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu oleh Pengerusi SESB, Datuk Seri Madius Tangau.

Madius dalam kenyataan berkata, mereka membuat tinjauan di perkampungan setinggan itu dan mendapati sambungan haram dilakukan secara terang-terangan.

“Ini adalah satu kegiatan yang sangat serius, dan oleh itu saya terus ke IPD Lahad Datu untuk membuat laporan,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menurutnya, dianggarkan 1,000 rumah di Kampung Puyut mengakibatkan kerugian kira-kira RM1 juta kepada SESB.

Oleh itu, katanya, laporan polis itu dibuat untuk meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas individu-individu yang terlibat dalam aktiviti sambungan haram berkenaan.

“Saya juga meminta agar siasatan dibuat sama ada pemasangan sambungan haram ini dilakukan penduduk setinggan atau oleh sindiket atau kartel,” kata Madius.

Tambahnya, laporan itu juga dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat sama ada sambungan haram itu melanggar mana-mana enakmen, akta atau undang-undang.

“Jika ya, apakah hukuman yang boleh disabitkan kepada individu-individu terlibat,” katanya.

Katanya, mereka juga meminta siasatan dijalankan bagi menilai kerugian sebenar ditanggung SESB akibat kegiatan haram berkenaan.

“Laporan ini juga dibuat untuk memastikan tiada yang menjadi mangsa renjatan elektrik kerana sambungan haram ini sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa orang awam termasuk penduduk Kampung Puyut sendiri,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.