Curi Motosikal Sebab Terdesak Nak Beli Cincin Kahwin, Lelaki Terpaksa Nikah Di Balai Polis

Entertainment
24 Oct 2023 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki dari Indonesia terpaksa bernikah dengan kekasihnya di balai polis selepas dia ditangkap kerana mencuri sebuah motosikal.

Lelaki berusia 25 tahun dari Ambengan Batu, Surabaya terpaksa melangsungkan perkahwinannya sebagai banduan di balai Polis Sukolilo kelmarin iaitu tiga hari sebelum tarikh perkahwinannya.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan polis selepas mencuri sebuah motosikal Honda Scoopy di Jalan Medokan Semampir AWS 2 No 1, Sukolilo Surabaya pada Rabu lalu.

 

image is not available

Ketua Polis Sukolilo, Pesuruhjaya Polis I, Made Parera Negara menjelaskan pengantin lelaki cuba mencuri kenderaan tersebut ketika waktu awal pagi sebelum disedari mangsa.

“Penghuni rumah terjaga daripada tidur lalu keluar dari rumah untuk menangkap suspek yang belum sempat melarikan motosikal mangsa,” katanya.

Pengantin lelaki juga dikatakan telah dibelasah oleh penduduk sehingga mengakibatkan mukanya lebam. Manakala seorang rakan subahatnya sempat melarikan diri.

Polis menyatakan pengantin lelaki terdesak berbuat demikian kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli cincin kahwin buat pasangannya.

Sejurus ditangkap, keluarga lelaki itu datang ke balai polis dan meminta agar majlis pernikahan dilangsungkan di situ.

Selepas mendapat persetujuan semua pihak, pasangan itu dinikahkan di balai polis dengan kedua-duanya memakai pakaian pengantin berwana kelabu.

Dalam pada itu, pengantin lelaki mengakui perbuatannya itu dan menyatakan penyesalan kerana membuatkan isteri dan keluarga sendiri serta keluarga mentua malu besar.

Susulan kejadian itu, suspek terpaksa menangguh rancangan berbulan madunya bersama isteri yang baru dinikahinya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.