Curi Pakaian Di Ampaian Penghuni Flat, Pemuda Tak Perasan Ada CCTV

Entertainment
23 May 2023 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita menjemur ataupun menyidai pakaian di luar rumah kan? Ia supaya pakaian kita cepat kering apabila di bawah matahari. Tapi pernah tak korang sidai baju lepastu baju itu hilang?

Baru-baru ini telah tular sebuah video, memaparkan seorang pemuda yang berusia dalam lingkungan umur 20an didakwa mencuri pakaian daripada ampaian sebuah unit kediaman di sebuah flat.

image is not available

“Pencuri! Ada siapa-siapa kenal ke? Pakai bag hijau, mungkin rider. Dia tak perasan ada kamera tu,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Dari video berkenaan, dapat dilihat pemuda berkenaan sedang memakai jaket berwarna biru gelap dan membawa beg sandang serta turut memegang totebag berwarna hijau.

Menerusi video yang dimuat naik juga, pemuda tersebut dilihat menoleh untuk melihat keadaan sekeliling sebelum dia menyelak serta memilih pakaian yang digantung.

Dia kemudian mengambil sehelai pakaian yang berwarna putih dan memasukkan ke dalam beg sandang yang dibawanya.

image is not available

Sebelum meninggalkan tempat kejadian, pemuda itu sempat mengambil sehelai lagi baju berwarna hitam, namun, apa yang dia tidak tahu adalah wajahnya jelas kelihatan dalam rakaman kamera berkenaan.

Difahamkan kejadian didakwa berlaku di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor.

Hmm.. apa kata korang?

Sumber : mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.