Gadis Mengaku ‘Scam’ Duit Kawan Lebih RM10K Untuk Beli Tiket Konsert, Dikecam Peminat K-Pop – “Langsung Tak Minta Maaf”

EntertainmentMusic
23 May 2023 • 1:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebagai peminat, sudah tentu kita akan sanggup membelanjakan wang ringgit untuk menghadiri konsert penyanyi atau kumpulan kegemaran.

Namun, seorang gadis baru-baru ini tular selepas perbuatannya menipu wang ribuan ringgit demi untuk membeli tiket beberapa konsert artis kegilaannya.

Menerusi hantaran yang tular, gadis itu telah mengaku menipu wang RM13,000 daripada beberapa individu berbeza yang merupakan kenalannya.

Pendedahan gadis itu mengundang kecaman ramai peminat K-pop kerana sanggup menipu rakan sendiri semata-mata untuk pergi ke konsert.

Lebih membuatkan ramai berang adalah kerana dalam pengakuan itu tiada langsung perkataan maaf daripada pihaknya selepas tergamak berbuat sedemikian.

Rata-ratanya berkata dia memburukkan namanya sendiri dan keluarga kerana baru berusia 20 tahun namun sudah menjadi scammer dan mempunyai hutang puluhan ribu ringgit.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, dia memberi jaminan kepada semua bahawa dia tidak akan melarikan diri dan cuba untuk melangsaikan semua hutangnya dalam tempoh 3 bulan.

Dan sekiranya dia gagal berbuat sedemikian, dia akui sanggup untuk dikenakan tindakan undang-undang selain membuat keputusan untuk menghentikan minatnya dalam k-pop.

image is not available

image is not available 5 hari lalu

"Kalau Adele Punya Konsert I Sanggup Melutut" - Bagi Tiket VIP 'Free' Pun Taknak, Michael Ang Tak 'Hingin' Tengok Coldplay