DAH CUT SUGAR, TIBA-TIBA RASA MANIS MACAM HILANG. NORMAL KE?
Ada yang bertanya, sejak berhenti mengambil gula, rasa manis macam dah tak ada. Adakah ini normal?
Sebenarnya, kita perlu bezakan dua keadaan.
1. Dah tak suka makanan atau minuman terlalu manis
Ini boleh berlaku. Apabila kita membiasakan diri dengan minuman kurang gula, tahap kemanisan yang kita selesa minum mungkin berubah.
Contohnya, dulu teh tarik biasa rasa sedap. Sekarang mungkin rasa terlalu manis.
Namun, perubahan ini tidak berlaku kepada semua orang. Kajian terkini juga menunjukkan mengurangkan makanan manis tidak semestinya mengubah sensitiviti atau kecenderungan terhadap rasa manis.
2. Langsung tak dapat rasa manis walaupun makan gula
Ini pula BUKAN kesan normal yang patut kita anggap berlaku kerana cut sugar.
Keadaan ini boleh menandakan gangguan deria rasa (hypogeusia atau ageusia).
Antara puncanya ialah jangkitan virus, masalah deria bau, kesan ubat-ubatan atau masalah kesihatan mulut.
.
Jika rasa manis benar-benar hilang, terutama secara tiba-tiba atau berterusan, dapatkan pemeriksaan doktor.
Kesimpulannya, kurang menggemari makanan manis tidak sama dengan kehilangan keupayaan merasa manis.
Cut sugar sepatutnya membantu kita mengurangkan pengambilan gula tambahan, bukannya menyebabkan lidah kehilangan fungsi deria rasa.
Public Health Malaysia
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






