
Bila nampak warna merah, otak kita automatik akan bertindak memberi isyarat pada badan kita untuk berjaga-jaga betul tak?
Mana taknya, dari kecil lagi fikiran kita dah dipengaruh dengan konotasi negatif terhadap warna merah di mana ia menggambarkan amaran, bahaya, berhenti dan macam-macam lagi.
Jujur cakap, sampai ke hari ini, warna merah masih lagi terpalit dengan persepsi ini daripada rata-rata manusia di seluruh dunia.
Sering Disalah Erti, Warna Merah Sebenarnya Lebih Daripada Itu?
Tak seperti warna lain yang sering dikenali dengan tanggapan yang lebih positif, warna merah seringkali disalah erti.
“Ala, warna merah kan boleh melambangkan keberanian dan keyakinan? Positif lah tu?”
Betul, tapi tak mencukupi untuk membuatkan ramai orang ubah persepsi terhadap warna ini. Jadi, untuk mengubah pandangan kita, jom tonton video ini sampai habis.
Bertenaga, Berani & Bersemangat, CIMB Beri Persepsi Baru
Menerusi video jenama yang dibawakan oleh CIMB ini jelas menunjukkan gambaran yang warna merah BOLEH jadi positif dan beri impak besar dalam diri kita.
Apa yang digambarkan oleh CIMB menerusi video jenama mereka ini adalah warna merah sentiasa membawa makna yang jauh lebih besar, di mana mereka menggalakkan kita semua untuk melihat cabaran bukan sebagai halangan, tetapi sebagai satu peluang.
Ia bukan saja menampilkan keberanian, malah ia juga memberi kita semangat dan keyakinan untuk terus maju ke hadapan, sama ada untuk mengejar impian, merebut peluang, mengatasi cabaran ataupun sekadar untuk terus melangkah.
Bagi CIMB, untuk terus maju ke hadapan, ia hanya perlu bermula dengan satu pilihan iaitu untuk terus berjalan.
CIMB yang juga sinonim dengan warna merah turut memberi kita jaminan yang mereka akan sentiasa menyokong kita, memudahkan perjalanan dan membantu merealisasikan impian.
Jadi, korang yang tengah membaca ni perlu ingat dan tanam dalam fikiran, warna merah sebenarnya boleh memberi impak positif dalam kehidupan harian kita.
Sebagai jenama yang juga mempunyai warna merah sebagai identiti mereka, CIMB berjanji yang mereka akan sentiasa ada bersama kita untuk terus memacu ke hadapan.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi CIMB, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
The post Merah Bermaksud Bahaya? Berhenti? Amaran? Video Ini Bakal Mengubah Persepsi Tanggapan Rata-Rata Manusia appeared first on Oh! Media.


![[Like That Lor] Siapa Yang Pantau Jerebu Malaysia?](https://imgproxy.newswav.com/1000x0,q50,sTsPbkJaSrpIgvfJ_lIhdWiHlrpEZbyQpPYsxNctQc_Y=/https://soscili.my/wp-content/uploads/2026/09/LTL2.jpg)

