Kerajaan Amerika Syarikat Mengenakan Tarif Baru Keatas Dron Bersaiz Besar

WorldTechnology
14 Aug 2026 • 4:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari lalu kami telah melaporkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat telah mula mengharamkan dron keluaran asing yang tampil dengan sistem penjejakan LiDAR kerana kegusaran berkenaan keselamatan negara. Terkini, kerajaan tersebut juga mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan tarif dan levi untuk dron-dron asing yang lain juga.

Untuk dron-dron yang hadir dengan berat 25kg dan keatas, dan unit-unit yang hadir dengan “sarang” pengecasannya tersendiri dan kemampuan pengimejan termal, jualan dron-dron sebegini akan dikenakan tarif setinggi 100 peratus harga dron tersebut.

Dron

Untuk dron dengan berat kurang daripada 25kg, ia akan dikenakan tarif 25 peratus. Sekiranya dron-dron tersebut dibangunkan di negara-negara Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, Switzerland dan Taiwan, caj levi 15 peratus tambahan akan dikenakan keatas dron-dron ini, manakala untuk dron-dron yang dihasilkan di UK pula akan dikenakan caj levi 10 peratus.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak White House, pengenalan tarif terbaru ini diperkenalkan kerana kerajaan Amerika Syarikat mahu industri pengeluaran negara tersebut untuk mula menghasilkan kelengkapan dron mereka sendiri.

Industri dron di Amerika Syarikat dilihat sangat besar kerana penggunaannya dilihat merentasi pelbagai jenis industri, termasuklah pertanian, perindustrian, keselamatan, ketenteraan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dron-dron ini tidak diharamkan jualannya, akan tetapi sekiranya syarikat-syarikat yang bergantung kepada kelengkapan ini memerlukan alat ganti ataupun dron-dron baru, ia perlu dibeli dengan harga yang jauh lebih mahal.

Sumber: White House

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved