“Cybertroopers at it again…” – Ada Netizen Hantar Mesej Mencarut Dekat Ibu Aliff Aziz?

Entertainment
28 Jun 2024 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun masalah rumah tangga penyanyi Singapura, Aliff Aziz dan Bella Astillah sudah bertemu titik noktah namun masih ada lagi tempias susulan kes tersebut.

Ibu kepada Aliff Aziz dilihat masih mendapat kecaman daripada netizen, menerusi Instagram miliknya, Siti Hafizah Basharahil berkongsi terdapat mesej (DM) yang memaki hamun dirinya dengan sangat teruk.

Dia kemudiannya memuat naik tangkap layar mesej tersebut di IG Story namun telah dibuang oleh Instagram.

Tidak puas hati, Hafizah memuat naik semula tangkap layar itu sebagai posting di media sosial tersebut.

image is not available

“Alhamdulillah as expected, boleh memberi tetapi tak boleh menerima? Masyaallah cybertroopers at it again. Dear IG ADMIN get a Malay speaking guy to translate what this is all about ya. Peace no war,” tulisnya di kapsyen.

Dalam hantaran itu, Hafizah menyatakan rasa marahnya dengan nada memerli namun tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya hanya meluahkan rasa syukur.

Aduhai, sudah-sudahlah tu memaki orang kat DM…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.