Ruhainies Berang Individu Buat ‘Kad Undangan Pertunangan’ Guna Namanya – “Saya Tak Halalkan Awak Berbisnes…”

24 Jun 2024 • 1:29 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Aktres sensasi, Ruhainies tampil bersuara susulan ada pihak tidak bertanggungjawab bertindak menggunakan namanya dan pelakon Aliff Aziz untuk tujuan meraih publisiti.

Minta padam hantaran

Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah, 31, meminta pihak tersebut memadam hantaran kad digital majlis pertunangan yang berisi namanya dan Aliff dan memaklumkan bakal mengambil tindakan tegas sekiranya individu tersebut enggan berbuat demilkian.

“Kepada @kaddigital.murah, sila take down post ini atau tindakan tegas akan diambil. Dan saya juga tidak akan halalkan awak berbisnes dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak. Saya tidak akan halalkan,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram Story.


image is not available