Da’i Fuad Nafi Diam Bila ‘Geng’ Sendiri Buat Hal, Tunjuk Bukti Mesej Tegur Da’i Syed

Entertainment
2 Sep 2024 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendakwah selebriti, Da’i Fuad sekali lagi mengeluarkan kenyataan, kali ini menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh penyanyi dangdut Baby Shima.

Dalam hantaran yang dikongsikan itu, dia memuat naik kenyataan Shima yang mempersoalkan rakan-rakan pendakwah yang dilihat seakan-akan berdiam diri apabila ada antara mereka melakukan kesilapan.

Shima juga memerli dengan membandingkan teguran mereka terhadap golongan selebriti seperti yang terjadi kepada dirinya.

image is not available

 

“Saya tak pernah tidur”

Susulan itu, Da’i Fuad menjelaskan bahawa sebagai seorang pendakwah, dia sudah pun menegur sahabatnya itu beberapa kali sebelum ini untuk sentiasa menjaga imej sebagai seorang pendakwah.

“Saya nak bagitahu bahawa umpama isu Da’i Syed ini, isu ini dah lama dan bukan satu isu saja bahkan dah banyak sangat isu berlaku tetapi kami tidak mendiamkan diri.

“Cuma saya tak bolehlah kongsikan semua perkara yang saya tegur sewaktu berhubung dengannya supaya tidak menjadi fitnah kepada agama.”

Malah, Da’i Fuad turut menunjukkan tangkap layar hantaran mesej (DM) berbentuk teguran yang diberikan kepada Da’i Syed.

“Yang pertama, pada tahun 2018 saya cakap tukarlah gaya rambut itu sebab macam tak sesuai sebagai seorang pendakwah.

“Yang kedua pada tahun 2023 saya tegur janganlah post tentang tarian sebab waktu itu tularnya video tariannya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar)

Dalam pada itu, Da’i Fuad menyeru kepada para mangsa terus mara ke hadapan untuk memberanikan diri suarakan hak.

Terdahulu, Da’i Fuad mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai untuk berhenti mengecam Da’i Syed dan berasa simpatilah kepada isteri serta anak lelaki itu.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.