Sah! Da’i Syed Selamat Berkahwin Dengan Pengacara TV, Hana Ismail

Entertainment
3 Dec 2022 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengacara TV terkenal, Hana Ismail telah pun selamat diijab kabul dengan pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed sebentar tadi di Masjid Ibu Mas’ud, Jalan Damai, Kuala Lumpur.

Majlis akad nikah pasangan mempelai itu telah dikongsikan bersama peminat secara langsung menerusi Live di YouTube Dai Syed.

Difahamkan, pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira pada jam 11.40 pagi tadi.

Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa mempelai perempuan iaitu Ismail Dahwan.

image is not available

Dapat dilihat dalam YouTube Live tersebut bahawa Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail dan Hana Ismail terlihat manis mengenakan persalinan berwarna putih.

Dai Syed kemudiannya telah menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas kepada isterinya yang juga pengacara TV Al Hijrah.

image is not available

Datin Seri Umie Aida merupakan antara rakan artis yang hadir ke majlis pernikahan Dai Syed dan Hana Ismail.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan ini!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.