Da’i Wan mohon Cik Epal & Jofliam henti cipta gelombang fitnah rantaian dosa

LocalFamily & Parenting
29 Apr 2025 • 9:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
mohon Cik Epal & Jofliam henti

Pendakwah bebas, Da’i Wan mohon Cik Epal & Jofliam henti cipta lebih banyak ‘drama’ keluarga sehingga boleh mencipta fitnah yang berantai-rantai.

Mohon Cik Epal & Jofliam henti bertelagah di media sosial

Perkara tersebut dinyatakan pendakwah tersebut di platform X apabila merasakan perkongsian kedua-dua pempengaruh itu yang saling bertelagah di media sosial mengundang pelbagai persepsi negatif.

image is not available

Mohon Cik Epal & Jofliam henti saling menyalahkan

Dia turut mohon Cik Epal dan Jofliam berhenti saling menyalahkan antara satu sama lain lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini.

“Minta maaf Cik Epal dan Encik Jofliam. Saya rasa anda berdua dah boleh berhenti. Sudah-sudahlah. Tak habis-habis saling menyalahkan, saling bertegang urat dan sindir-menyindir,” tulisnya.

Mereka sedang cipta rantaian fitnah dan dosa

Dalam pada itu, Da’i Wan atau nama sebenarnya, Wan Dazrin bin Wan Din turut menyatakan bahawa apa yang dilakukan dua pempengaruh itu seakan sedang mencipta gelombang fitnah yang berantai-rantai sehingga membawa kepada dosa.

Hal ini susulan tindakan mereka berdua yang memaparkan pergaduhan di media sosial dan ditonton orang ramai termasuklah keluarga serta anak-anak mereka.

image is not available

Betul! Dua-dua over

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial yang mana mengikuti kronologi masalah rumah tangga mereka sehingga sah bercerai.

Walau bagaimanapun, ada juga yang merasakan kesalahan tersebut berpunca daripada pihak lelaki kerana dikatakan menyukarkan urusan pihak perempuan dalam mendapatkan haknya semula selepas diduakan sewaktu masih lagi bergelar suami isteri.

image is not available

Makin menjadi-jadi pula mereka berdua tu

image is not available

Mencemarkan minda dengan benda-benda fitnah macam tu

image is not available

Tapi pihak lelaki yang mulakan di media sosial

image is not available

Semalam, tular di media sosial apabila Cik Epal berkongsi video sewaktu berada di kediaman bekas suaminya, Jofliam bagi mengambil barang-barang kepunyaannya.

Dia mendedahkan dirinya telah dicederakan oleh isteri baru Jofliam. Dewi sehingga mengalami luka di bahagian muka.

Namun begitu, Dewi telah tampil dengan salinan laporan polis dan turut menunjukkan kecederaan dialami susulan pergelutan yang berlaku.

Sumber: X wandazrin