Dada berdebar pukul 3 pagi?

Health & Fitness
27 Mar 2026 • 4:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Dada berdebar pukul 3 pagi?
Gambar: Public Health M'sia

Jam menunjukkan pukul 3:00 pagi. Semua orang sedang lena tidur.

Tiba-tiba anda terjaga. Dada berdebar kencang macam nak pecah, nafas rasa tersekat, badan menggigil, dan otak terus berfikir, "Ada benda buruk nak jadi ni... aku nak mati ke?" 😨

Ramai yang ingat ini petanda lemah, terlalu banyak fikir, atau "mainan perasaan". Hakikatnya, anda mungkin sedang mengalami NOCTURNAL PANIC ATTACK (Serangan Panik Malam).

KENAPA IA BERLAKU WAKTU TIDUR?

Kadang-kadang ia datang ketika badan sedang bertukar fasa tidur. Degupan jantung dan rentak nafas berubah secara semula jadi. Tetapi bagi penghidap 'Anxiety', otak mereka tersalah tafsir perubahan ini sebagai isyarat BAHAYA.

Lalu, otak menekan butang kecemasan ('Fight-or-Flight' response). Anda terjaga dalam keadaan panik yang teramat sangat walaupun tiada ancaman sebenar di depan mata!

Benda yang paling menakutkan ialah suasananya. Malam itu sunyi. Gelap. Debaran kecil di dada terasa berdegup macam ribut. Makin kita cuba lawan, makin kuat rasa takut itu membesar.

Simptom ini sangat menakutkan, tapi ia wajar dinilai secara perubatan. Antara punca fizikal yang boleh mencetuskan keadaan ini

❌ Tekanan emosi / Burnout yang tak diselesaikan siang tadi.

❌ Terlalu banyak ambil Kafein.

❌ Obstructive Sleep Apnea (OSA) - Berhenti nafas waktu tidur menyebabkan otak kurang oksigen dan terjaga dalam keadaan panik.

Kepada anda yang pernah laluinya, tarik nafas panjang. Anda TIDAK KESEORANGAN

#PublicHealthMalaysia #PanicAttack #NocturnalPanicAttack #KesihatanMental #AnxietyDisorder #GangguanTidur #SleepApnea #KesihatanEmosi #Psikologi


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.