
LAHAD DATU: Seorang warga emas berumur 68 tahun antara dua individu yang ditahan kerana memiliki dadah dalam dua serbuan berasingan di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata kedua-dua suspek ditahan secara berasingan menerusi Op Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.
Suspek pertama, warga asing berusia 68 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan kira-kira jam 2.30 petang di Kampung Puyut.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Semasa operasi, pasukan mengesan suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan menemui 0.28 gram syabu pada suspek.
“Suspek juga didapati positif mengambil dadah,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Dzulbaharin, pada hari sama, pasukan terbabit turut menahan seorang lagi warga asing berusia 37 tahun di kawasan Reno Fajar.
Suspek didapati memiliki 5.84 gram syabu dan turut disahkan positif dadah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret untuk siasatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, Dzulbaharin memberi amaran bahawa tiada kompromi dalam menangani kesalahan berkaitan dadah dan menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan masing-masing.


