
Kota Kinabalu: Seorang penjual sayur berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan sekali sebatan rotan kerana berulang kali mengambil syabu.
Jubili Jamino mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.
AdvertisementDia didapati mengambil dadah itu jam 1 pagi, 2 Oktober 2024, selepas ujian air kencingnya di Balai Polis Ranau positif dadah.
Dia mempunyai dua rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 39C(1)(b) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penahanannya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Selepas selesai menjalani hukuman penjara, Jubili diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
Sementara itu, enam individu dijatuhi hukuman penjara antara enam hingga lapan bulan masing-masing kerana mengambil syabu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mereka ialah Mohd Hafizal Tamin, Nuramira Shahrol Isham, Arwan Awang, Azirah Wilson, Quddus Anuar dan Mohammad Salleh Jaani.
Kesemua mereka diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penangkapan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh penjara.
Quddus, yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Mengambil dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.


