Nelayan amang seksual remaja, 13, dipenjara 7 tahun

9 Jan 2025 • 1:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang nelayan berumur 59 tahun dipenjara tujuh tahun dan dikenakan dua sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, 13, tahun lepas.

Roberto Sairal, 59, mengaku bersalah di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya melakukan perbuatan tersebut dengan meraba buah dada dan memegang perut mangsa di sebuah rumah di Semporna sekitar jam 8 malam pada 23 Disember 2024.

AdvertisementMahkamah memerintahkan Roberto menjalani hukumannya bermula dari tarikh tangkap pada 24 Disember 2024 dan diperintahkan menjalani sesi kaunseling pemulihan sepanjang tempoh penjara serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai hukuman.

Fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwaan menyatakan, sebelum kejadian, mangsa sedang membasuh piring di rumah mak ciknya, iaitu semasa tertuduh pergi ke tandas untuk mencuci tangan selepas selesai mengurut bapanya (datuk mangsa) yang lumpuh.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Roberto didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan disebat, jika sabit kesalahan.

Tidak diwakili, Roberto memohon hukuman ringan tanpa sebatan memandangkan dia perlu menanggung isteri dan seorang anak serta seorang cucu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya akun (mengaku) salah. Saya juga mahu minta maaf atas kesalahan saya dan kepada undang-undang. Ini pertama kali dalam hidup saya dan saya tidak akan jejakkan lagi kaki ke sini (mahkamah) untuk kali kedua…. Saya mohon hukuman ringan dan tidak disebat,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Shearil Aizad Murnizam ketika mengendalikan pendakwaan, memohon hukuman berat dikenakan terhadap Robertor kerana dia melakukan kesalahan yang serius, apatah lagi peningkatan kes-kes amang seksual di Malaysia.