Dagangan Malaysia tembus RM2.16 trilion dalam tujuh bulan

LocalBusiness & Finance
3 Sep 2026 • 5:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dagangan Malaysia tembus RM2.16 trilion dalam tujuh bulan

PETALING JAYA – Malaysia terus mencatat perkembangan positif dalam sektor perdagangan apabila nilai dagangan negara mencecah RM2.16 trilion bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pencapaian tersebut mencerminkan keyakinan terhadap produk dan barangan Malaysia di pasaran antarabangsa.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan, eksport negara merekodkan RM1.165 trilion, manakala import pula berjumlah RM994.71 bilion.

“Pertumbuhan ini mencerminkan keyakinan terhadap produk dan barangan Malaysia di pasaran antarabangsa.

“Prestasi tersebut memperlihatkan aktiviti perdagangan negara terus rancak, sekali gus memberi gambaran positif terhadap momentum ekonomi Malaysia sepanjang tahun ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Berdasarkan angka tersebut, Malaysia merekodkan lebihan dagangan kira-kira RM170.29 bilion bagi tempoh tujuh bulan berkenaan.

Tambahnya, prestasi itu sekali gus memberi petunjuk bahawa aktiviti perdagangan negara kekal rancak dalam mendepani perkembangan ekonomi global– KOSMO! ONLINE

The post Dagangan Malaysia tembus RM2.16 trilion dalam tujuh bulan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved