Daging kerbau bernilai RM413,728 disita, sijil halal meragukan

8 Nov 2026 • 3:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Daging kerbau bernilai RM413,728 disita, sijil halal meragukan

SHAH ALAM, 8 NOV: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang menyita konsainan dagangan daging kerbau bernilai RM413,728 yang diimport dari India di Pelabuhan Klang, Jumaat lalu.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguatkuasaan pada jam 10.40 pagi mengesan ketidakpadanan antara dokumen sijil halal yang dikemukakan dengan maklumat diisytiharkan pada permit import.

"Dokumen itu didapati mengandungi maklumat yang tidak selaras dengan pengisytiharan tersebut. Susulan itu, semua barangan dagangan seberat 27,984 kilogram berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan di Facebook AKPS Port Klang hari ini.

Nik Ezanee berkata barangan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi tindakan lanjut dengan kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Beliau turut menegaskan komitmen AKPS dalam mempergiat usaha penguatkuasaan dan memperkukuh kawalan di pintu masuk negara bagi membanteras ketidakpatuhan, manipulasi dokumen dan penyalahgunaan prosedur pengimportan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved